Skip to content

Aktiviti Akan Datang

No events
You are here:Home
Futsal 2009
Written by AJK Sukan & Rekreasi   
Friday, 03 July 2009
 MSCL Futsal 2009
 
Assalamualaikum Semua,
 
Perlawanan FUTSAL Leeds kali ini di sertai oleh 5 Kumpulan (Pasukan Grand Mosque tarik diri)
 
1) Senggoro Api
Kapten : Emy Bro

2) Garaj Membara FC
Kapten : E
 
3) Kirkstall
Kapten: Ady
 
4) Woodsley FC
Kapten: Izhar
 
5) Sayur Campur
Kapten: Dino
 
Pasukan Grand Mosque telah tarik diri kerana tidak cukup Pemain. Oleh yang demikian Pihak urusetia telah membuat sedikit perubahan supaya pemain-pemain yang berminat untuk bermain boleh bermain untuk pasukan lain.
 
Perubahan:
 
1) Jumlah pemain dalam satu kumpulan ditambah kepada Max. 10 orang (6 pemain, 4 simpanan)(Yuran masih sama GBP 8 satu kumpulan)
 
2) Masa permainan ditambah kepada 20 minit satu game
 
Cabutan undi akan dibuat oleh ketua pasukan di tempat permainan pada pukul 1.30pm di tempat permainan. Sila rujuk lampiran untuk peraturan FUTSAL kali ini
 
Maklumat program:
 
Tempat perlawanan : Padang FutsalCross Flatts Park, Beeston, LS11
 (kalau guna Sat Nav postcode LS11 7DN)
 
Masa : 1.30pm - 6.00pm
 
 
Sekian dulu dari pihak URUSETIA kali ini. Semoga semua pemain "enjoy dan happy" disamping bersukan untuk kesihatan dan merapatkan hubungan silaturahim antara kira di Leeds ini. Semoga Allah akan memudah majlis kita kali ini.
 
Sekian salam hormat dan Terima Kasih
 
Isma
Urusetia Futsal MSCL 2009
Last Updated ( Friday, 03 July 2009 )
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430
Written by Setiausaha MSCL 09   
Monday, 02 March 2009
Assalamualaikum WRT
 
Warga MSCL (LUMSOC, LMUSOC, MASSOC, IMAM & KULB);
 
Untuk makluman semua, Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 akan berlangsung
mengikut jadual seperti yang tertera di dalam aturcara majlis. Sehubungan itu, warga MSCL adalah
dijemput hadir beramai-ramai untuk sama-sama menyerikan majlis ini.
 
Sukacita juga dimaklumkan, warga MSCL amat digalakkan untuk membawa bersama 'potluck' - kuih-muih
pelbagai juadah dan buah-buahan.
 
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430 
 
Tarikh: 7 March 2009 bersamaan 10 Rabiulawal 1430
Hari: Sabtu
Masa: 4:00 petang - 6:00 petang
Tempat: Green Room, University of Leeds, LS2 9JT, Leeds
 
Aturcara Majlis
 

15:30 Kehadiran warga MSCL, LUMSOC, LMUSOC, MASSOC, IMAM & KULB

15:40 Ucapan aluan Pengerusi Majlis

15:45 Solat Fardu Asar berjemaah

16:00 Bacaan doa pembuka majlis

16:05 Berselawat

16:15 Ceramah Maulidur Rasul bersama YBhg. Ustaz Mohd Erfino Johari

17:00 Sessi dialog bersama penceramah jemputan

17:15 Jamuan makan

18:00 Solat Fardu Maghrib berjemaah

18:10 Majlis Bersurai 


Last Updated ( Monday, 02 March 2009 )
Read more...
 
Program Ramah Mesra Bersama YB Menteri Penerangan Malaysia
Written by Setiausaha MSCL 2009   
Friday, 23 January 2009
Sukacita dijemput semua warga MSCL untuk menghadiri program berikut;
 
Program Ramah Mesra Bersama YB Menteri Penerangan Malaysia
 
Tarikh: 31 Januari 2009 bersamaan 4 Safar 1430
Hari: Sabtu
Masa: 12:00 tengahari - 4:00 petang
Tempat: Cardigan Community Centre, LS6 1LJ
 
Aturcara Majlis:
  • 12:00 Persiapan dewan majlis oleh AJK Program
  • 12:15 Kehadiran warga MSCL, KULB, LUMSOC, MASSOC
  • 12:30 Ucapan aluan Pengerusi Majlis
  • 12:40 Solat Zohor berjemaah
  • 12:50 Ketibaan YB Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek
  • 13:00 Bacaan doa pembuka majlis
  • 13:05 Ucapan ringkas oleh wakil jabatan/organisasi
  •         - MSD, MSCL, LUMSOC, MASSOC & KULB
  • 13:30 Ucapan YB Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek
  • 14:00 Sessi dialog bersama YB Menteri
  • 14:30 Jamuan makan tengahari
  • 15:30 Sessi fotograph
  • 16:00 Majlis bersurai
Diharap dengan kehadiran semua warga MSCL dapat memeriahkan lagi program tersebut dan semoga ajlis kita
diberkati Allah.
 
Harap Maklum
 
Azhan Hawarie Haji Mohamad
Setiausaha MSCL 2009
Last Updated ( Friday, 23 January 2009 )
 
Program Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2008
Written by webmaster   
Monday, 01 December 2008

Assalamualaikum W.B.T.

Komuniti MSCL akan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Adha 2008 seperti berikut:
Tarikh: 13 December 2008
Hari: Sabtu
Masa: 12.30 pm ~ 3.30 pm
Tempat : Bangladeshi Community Centre, Harehill LS8 5AN.
Bagi yang akan menaiki bas boleh menaiki bas no 12 dan 13 dari Primax City centre) manakala 49,50 dan 50A dari Kirkstall.

2. Kami warga kerja dan ajk MSCL adalah amat mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak. 
Bagi menjayakan majlis ini juga, pihak ajk telah memutuskan untuk mengadakan sedikit kutipan bagi menampung perbelanjaan peralatan dan juga sewaan dewan. Kadar kutipan adalah seperti berikut: 
Keluarga: £ 4
Bujang : £ 2
segala pembayaran bolehlah dibuat pada hari majlis tersebut sepertimana yang telah kita lakukan pada sambutan AidilFitri yang lepas.
 
3. Berkenaan dengan pengagihan memasak (pot luck), perbincangan akan disusuli kemudian.

Sekian dahulu buat kali ini dan sebarang penambahan dan pembaikkan akan diberitahu secepat yang mungkin.

-Setiausaha MSCL 2008-

 
Majlis Hari Raya dan Sambutan Pelajar Baru 2008
Written by webmaster   
Saturday, 18 October 2008

Tempat     : Cardigan Community Centre (map)
Tarikh       : 18 Oktober 2008
Masa        : 11 pagi

Aktiviti-aktiviti :        

  • Pengenalan pelajar, keluarga baru dan pelajar yang baru melangsungkan perkahwinan.
  • Ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang baru menghabiskan pengajian mereka,serta pelajar yang akan berangkat pulang ke Malaysia.
  • Dialog bersama wakil MSD berkaitan dengan pemasalahan semasa dan yang berkaitan dengan pemanjangan tempoh VISA.
  • Sesi Fotografi
  • Jamuan Raya

Maklumat lanjut, sila rujuk email mailing list MSCL @yahoogroups

 

Last Updated ( Saturday, 18 October 2008 )
 
Majlis Berbuka Puasa Dan Nuzul AlQuran
Written by webmaster   
Monday, 15 September 2008
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, seperti tahun-tahun yang lepas, MSCL akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan juga Nuzul AlQuran.
Antara butiran majlis tersebut adalah seperti berikut:

Hari: Sabtu
Tarikh: 20/9/08
Masa: 6.30ptg - 10.30mlm
Tempat: Council Hall Harehill (sebelah rumah saudara Bachik)

Diantara pengisian majlis tersebut adalah seperti berikut:
1. Majlis berbuka puasa
2. Solat maghrib, Isyak, Terawikh berjemaah
3. Tazkirah Ramadhan/ Nuzul AlQuran/ dsb
4. Bayaran zakat fitrah

Pihak MSCL dengan berbesar hati menjemput semua warga Malaysia dapat hadir ke majlis tersebut.
Last Updated ( Monday, 15 September 2008 )
 

Daftar / Login

Who's Online